HARIMAU MALAYA

HARIMAU MALAYA

Senin, 24 Januari 2011

KESALAHAN BUKU TEKS

KSSR

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

sumber: http://skpemanis1.com

LENCANA SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH

Keterangan mengenai lencana sekolah

Lencana di atas telah dilukis dalam ukuran :

Tinggi : 5 cm Lebar : 4.5 cm


Lencana ini mengandungi 3 warna iaitu kuning , merah dan hijau.

1. Warna Kuning melambangkan kesetiaan terhadap tanggung jawab dan usaha ke arah mencapai matlamat mengejar ilmu pengetahuan untuk hidup bahagia.

2. Warna Merah melambangkan semangat yang tetap membara untuk mengejar ilmu pengetahuan.

3. Warna Hijau melambangakan kesucian rohani dan jasmani bagi kesempurnaan hidup di kemudian hari.

Lencana ini dilukis dalam bentuk perisai yang melambangkan semangat yang kentaldalam menghadapi apa juga rintangan dan cabaran.

Buku melambangkan bahan bacaan untuk mencari ilmu dunia dan akhirat.

Motto Lencana – Pengetahuan Suluh Kemajuan

Motto di atas menjelaskan kepada murid bahawa sesungguhnya pengetahuan adalah merupakan sesuatu yang amat berharga dan yang terpenting di dalam kehidupan.

Pengetahuan ibarat cahaya yang menerangi arah tuju untuk mencapai kemajuanyang dicitakan.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mecapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

SEJARAH AWAL KAMPUNG PADANG JAWA

Nama Sekolah Kebangsaan Padang Jawa adalah dikaitkan dengan nama kampung di mana terletaknya sekolah tersebut.Kampung Padang Jawa dipercayai diterokai oleh sekumpulan masyarakat Jawa terdiri dari 7 keluarga yang diketuai oleh Pak Kairan yang mencari penempatan baru dan mendapati tempat itu sesuai dijadikan sebuah perkampungan.Justeru itu, mereka mengambil keputusan menetap di situ.Mereka mula membersihkan satu kawasan lapang yang merupakan sebuah padang.Berdasarkan keadaan itu, mereka bersepakat menamakan kawasan itu Kampung Padang Jawa.Di situ mereka menetap dan mengusahakan tanaman tembakau.

Kampung yang letaknya lebih kurang 6 Km dari Bandar DiRaja Kelang itu sebenarnya berhampiran dengan tempat kediaman Orang Asli yang dikenali dengan nama Air Kuning.Mereka memilih kawasan tersebut berdasarkan kemudahan mendapatkan sumber air dari Sungai Kelang.Sungai Kelang pada masa itu merupakan jalan utama menghubungkan mereka dengan tempat-tempat lain.

Setahun demi setahun berlalu, komuniti yang sedia ada semakin berkembang samada dari keluarga itu sendiri dan penghijrahan orang luar.

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG JAWA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG JAWA
S.K PADANG JAWA 2008

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG JAWA

Sekolah Kebangsaan Padang Jawa telah ditubuhkan pada bulan Januari 1954.Pada 14 hb Januari 1954 ,Tuan Pegawai Daerah iaitu Tuan Syed Hashim telah mengadakan Minggu Perkhidmatan bagi mendirikan bangunan asas sekolah ini.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Umum Padang Jawa , Klang.Pada mulanya mempunyai murid seramai 59 orang dan 2 orang guru.Aliran darjahnya pula ialah dari darjah 1 hingga darjah 5.Pelajar yang naik ke darjah 6, telah ditempatkan di Sekolah Kelang bagi pelajar lelaki dan Sekolah Bukit Istana , Klang untuk pelajar perempuan.

Pada tahun 1967 barulah dimulakan darjah 6 dengan murid seramai 15 orang.Oleh kerana sekolah tidak dapat menampung jumlah pelajar, maka dengan ihsan Pejabat Agama, surau kampung serta balai raya telah digunakan untuk menempatkan murid darjah 5 dan darjah 6.

MISI SEKOLAH

MISI SEKOLAH
misi sekolah

VISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH
visi sekolah

Jejaka Tampan di Hari Sukan 2010


Penghujung Tahun 90an

Cikgu-Cikgu

Cikgu-Cikgu
Inilah Barisan Pendidik Yang Mendidik Anak-anak Padang Jawa.

GURU BESAR S.K PADANG JAWA

GURU BESAR S.K PADANG JAWA
En. Ahmad Bin Mohd Yatim.Beliau mula bertugas di S.K Padang Jawa pada 16 Julai 2008.

Renungan

Petikan Surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani
Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia llahi menyinarinya?
Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamuakan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata: Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah dan Allah bimbingkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia: Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya. Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepadanya , dengannya dan daripadany.,

FLASH GAMES

TAK NAK ROKOK LAH !

Nikotin merupakan dadah yang kuat. Nikotin bertindak terhadap pusat kepuasan di otak yang menyebabkan perokok terangsang pada peringkat awal, tetapi keadaan ini kemudiannya disusuli oleh kemurungan. Didapati bahawa corak penagihan terhadap dadah berat sama seperti Cocaine, Amphetamine dan Morphine. Nikotin meningkatkan penghasilan bahan kimia yang dinamai dopamine dan berhubung rapat dengan pusat-pusat emosi di otak. Tindakan ini adalah sama seperti dadah-dadah tersebut.
Nikotin menyebabkan perubahan-perubahan berikut di dalam tubuh, ianya termasuklah :-
1. Peningkatan kadar denyutan jantung.
2. Konstriksi ( pengecilan ) salur darah dan kenaikan tekanan darah.
3. Peningkatan kepekatan asid lemak dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan arteri tersumbat apabila diiringi dengan kenaikan daya lekatan platelet darah.
Kesan Tar
Manusia merokok kerana inginkan kesan nikotin, tetapi kebanyakan kematian akibat tabiat merokok berpunca daripada tar. Bahan tar apabila masuk ke dalam sistem tubuh akan diubahsuai di hati kepada suatu bahan yang dikenali sebagai epoksida. Epoksida juga ini berbahaya kerana melalui tindakannya pada DNA yang merupakan unit asas baka sel, akan mencetuskan pertumbuhan sel yang tidak normal pada organ.
Kesan Karbon Monoksida
Karbon monoksida ialah gas yang tidak berbau dan tidak berwarna serta lebih mudah bercantum dengan hemoglobin darah berbanding oksigen. Keadaan ini tentu akan menjejaskan keupayaan darah untuk membekalkan oksigen kepada tisu-tisu tubuh. Bagi menampung kekurangan ini, jantung dan paru-paru terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi. Karbon monoksida juga merosakkan dinding arteri dan dengan itu, mendorong berlakunya penyakit jantung.

Di antara kesan sampingan merokok termasuklah :-
1. Deria hidung kurang sensitif.
2. Gigi mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini
lambat laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi
termusnah dan akhirnya terpaksa dicabut.
3. Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat yang digunakan
untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang
itu kerap merokok.
4. Keupayaan fizikal dan mental terganggu.
5. Jari dan gigi sering terstain warna coklat. Keadaan ini disebabkan
oleh kesan tar dalam rokok yang boleh menyebabkan seseorang
hilang keupayaan menghidu dan nafasnya berbau.
6. Gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut.
7. Emfisima, asma dan penyakit sistem pernafasan lain.
8. Penyakit jantung.
9. Kanser larinks dan esofogus.
10. Kanser paru-paru.
11. Kanser pankreas.

SEJARAH MUZIK ORANG MELAYU

Asal-usul alat-alat muzik tradisional adalah masih lagi dalam kesamaran lantaran tiada bukti yang kukuh mengenai kewujudannya. Walau bagaimanapun, secara amnya muzik tradisional kita dipercayai bermula dari masyarakat primitif yang mengamalkan kepercayaan animisma. Mereka menggunakan tarian (pergerakkan) dan bunyi-bunyian (muzik) dalam upacara penyembahan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Pada mulanya muzik dihasilkan dengan suara, tepukan tangan, hentakan kaki dan ketukan kayu. Lama-kelamaan alat-alat seperti seruling mula dicipta akibat dari dorongan akal dan hasrat batin mereka untuk memeriahkan lagi upacara sembahyang mengikut kepercayaan animisma yang dianuti. Pengaruh animisma begitu dominan sekali dan penting sebagai "perlude" dalam setiap persembahan Wayang Kulit dan Mak Yong di Kelantan pada satu ketika dahulu. Namun setelah kedatangan agama Islam maka disiplin teater berkenaan telah menjadi lebih murni dan bermoral. Unsur-unsur yang disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula terhakis dan segala "jampi serapah" telah digantikan dengan "doa-doa" pendek.
Sejarah muzik Melayu juga harus dilihat dari sudut dunia Melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian negeri Thai, Kampuchea dan Filipina. Terdapat banyak persamaan dari segi alat dan struktur muzik yang digunakan. Walaupun telah dipengaruhi oleh unsur-unsur muzik asing misalnya muzik dari Timur Tengah, Hindu, Indonesia dan Thai, bentuk dan jenis muzik Melayu berjaya mewujudkan identitinya yang tersendiri. Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat telah membuktikan bahawa alat-alat dari jenis "knobed gong" dan "mouth organ" seperti "Sompoton" dan "Engkerurai" yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah bermula dari kawasan Asia Tenggara dan tidak pernah menerima pengaruh dari luar.
Pendek kata kebanyakan alat muzik Melayu, kecuali alat-alat gamelan dan angklung adalah berasal dari Timur Tengah dan India serta dibawa ke dunia Melayu melalui agama Hindu dan Islam. Rebab, gendang, rebana, tar dan serunai menyokong pendapat ini. Hanya gong sahaja berasal dari Asia. Lama-kelamaan alat-alat ini telah diserapkan ke dalam negara masing-masing dan membentuk ciri-ciri yang tersendiri tanpa kehilangan identiti asal mereka dan telah digabungkan dengan alat-alat muzik lain untuk menghasilkan muzik Melayu.

Rebana

Rebana
Pengenalan
Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz.


Fungsi
Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa?apa keramaian.


Cara Bermain
Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah.

Gedombak

Gedombak
Pengenalan
Gedombak didapati dalam dua ukuran besar; ibu dan anak. Badannya dibuat dari kayu nangka yang berongga. Permukaannya dipasang dengan belulang kambing dengan siratan tali rotan pada cincin besi yang berhampiran dengan lehernya.


Fungsi
Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.


Cara Bermain
Gedombak diletak melintang di atas riba pemain dan dipikul dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi membuka dan menutup dengungya

SEJARAH GITAR

SEJARAH GITAR
A. Sejarah Gitar
Keaslian gitar tidak dapat dilihat dari keantikannya. Beberapa ahli merasa alat ini berasal dari benua Afrika, dimana banyak Replika moden dalam bentuk kotak bulat seperti kulit kerang dengan Gut / benang sutera, di banyak daerah benua itu. Ahli lain menemukan alat ini dalam bentuk kaca di relief batu tua di zaman Asia Tengah dan Asia Kuno. Bahan pemikiran lain juga timbul dengan ditemukannya vas vas Yunani Kuno yang bercorak. Greek Strings mungkin adalah alat pertama yang dikatagorikan sebagai gitar. Gitar moden kemungkinan berakar dari gitar Sepanyol, tetapi berbagai jenis gitar seperti instrumen yang kita boleh saksikan pada lukisan pada zaman Medieval dan Renaiassance yang banyak terdapat diseluruh Eropah. Berikut ini adalah tempat tempat bersejarah ditemukannya gitar dari zaman Medieval sampai abad ke-20, berdasarkan sejarah dan perkembangannya.
1265 Juan Gil dari Zamora menyatakan sejarah awal gitar dimulai dari “Ars Musica”.
1283 –1350 Guitarra Latina dan Guitar Moresca terdapat pada puisi “Archpriest of Hita”.
1306 Seorang pemain gitar bermain pada sebuah tempat keagamaan (The Feast of Westminister) di England.
1487 Johannes Tinctoris berpendapat bahwa instrumen gitar ditemukan oleh bangsa Catalans.
1546 Alonso Mudarra menciptakan karya “Tres Libros de Musica en Cifras Para Vihuela” yang melibatkan gitar di dalamnya.
1551 – 1555 Sembilan buku tablatur gitar diterbitkan oleh Adrian Le Roy.
1600 – 1650 Berbagai jenis tablatur untuk gitar dipublikasikan. Popularitinya mulai menyaingi Lute (sejenis instrumen gitar juga).
1674 Buku “Guitarre Royal” yang diterbitkan oleh F. Corbetta yang menaikkan populariti gitar. Buku ini didedikasikan kepada Raja Louis XIV.
1770 – 1800 Senar ke 6 ditambahkan pada gitar dan semuanya menjadi Single String.
1800 – 1850 Gitar mengalami puncak kepopularannya dalam hal penampilan dan publikasi. Fernando Sor, Mauro Guiliani, Matteo Carcassi dan Dioniso Aguado adalah para komposer terkenal yang menulis, mengajarkan dan menerbitkan gubahan mereka.
1850 – 1892 Seorang pengeluar gitar Manual Torres mengembangkan generasi yang kita ketahui sekarang ini.
1916 Segovia mengadakan konsert di Ateneo, yang merupakan gedung konsert yang paling terkenal di Madrid pada saat itu. Sebelumnya instrumen gitar dikenal belum boleh ditampilkan pada persembahan sebesar ini.

Pendidikan Muzik KBSR

Definisi Muzik- satu cabang seni dan juga sains yangmenggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

ı Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tandaı Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri)

.ı Mengajar satu unsur muzik sahaja
(melodi, harmoni, irama,ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika.

(pembelajaran mengikut urutan)
.ı Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan

(pembelajaran heuristik)
ı Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membuat latihan-latihan

(kaedah pendekatan berkonsep).
ı Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan.

Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

1. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan keranamengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secaraberperingkat atau ‘sequential’.

2. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untukmenanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik.

Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranikajenis pengalaman muzikal.

(i) Imitasi (Mengajuk Balik)
(ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
(iii) Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton.
(iv) Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakanbahan asas dari fasa-fasa.
(v) Literasi – menulis dan membaca nota muzik

4)Suzuki-menamakan kaedahnya talent education’ atau pendekatan bakat

5) Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muziktanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.

Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja.

Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod.

Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.
ı Kemahiran Muzikal Nyanyian
2. Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakanı
3. Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara.Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata,pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalamkegiatan permainan alat muzik.

Kemahiran Berfikir

Adakah kita menerapkan elemen-elemen kemahiran berfikir dalam pengajaran kita ?Mari kita fahamkan maksudnya dahulu.

Kecerdasan
Satu set kemahiran yang membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah dan menghasilkan keluaran yang bernilai kepada budayanya.

Kemahiran berfikir
Proses ini menggunakan minda samada untuk mencari makna dan pengalaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan atau keputusan dan menyelesaikan masalah.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis

a) membanding dan membeza
b) membuat kategori
c) meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
d) membuat sekuen / urutan
e) menentukan sumber yang dipercayai
f) membuat ramalan
g) mengusul periksa andaian
h) membuat inferens

Lupaan

Adakah kita sering lupa?
Faktor yang menyebab lupaan adalah seperti berikut:
a) Keusangan b) Masa tidak mencukupi c) minat
d) Perubahan alam sekitar e) Maklumat tidak lengkap
f) Kebimbangan g) Tekanan h) Gangguan

Penyelia Petang

Penyelia Petang
Kak Ani dalam kenangan

Suasana dalam kelas

Suasana dalam kelas
Tahun 3 Dedikasi ( 2008 )

Makmal Komputer Sekolah

Makmal Komputer Sekolah
Murid-murid sedang membuat latihan Bahasa Melayu menggunakan komputer

Aktiviti Di Bilik Muzik

Aktiviti Di Bilik Muzik
Mereka berbakat besar

Kelas Tarian Cikgu Siti Murni

Kelas Tarian Cikgu Siti Murni
Murid Tahun 3 sedang berlatih

Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat
JQaf

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Nik Khatijah Bt. Nik Yaakob

Kauseling Kelompok

Kauseling Kelompok
Sesi kaunseling kelompok sedang dijalankan

Ustaz dan Ustazah

Ustaz dan Ustazah
ustaz shahrizan,ustaz kasri dan ustazah fazazeela